Tuesday, May 17, 2011

Si Kembar Ak Luq - Azan berkumandang di 1 Aktif

Azan berkumandang di 1 Aktif
Adik punya masalah waktu balik yang tidak tetap. Abang punya masalah terputus hubungan…Hari lahir pula semakin dekat. Akhirnya, Allah SWT telah membukakan pintu hati Papa dan Ibu untuk menghadiahkan handset baru untuk kami menggantikan yang lama yang dah di ‘hand-me-down’ beberapa generasi. Dek terlalu teruja dengan Blueberry mungil yang sebijik macam Blackberry kepunyaan Pn Gurubesar, Adik sembunyi-sembunyi bawak ke sekolah agar senang menghubungi Abeiman aka Abang Aiman (Abang sulung kami yang baru selesai berNinja dgn SPM) selepas waktu sekolah untuk menjemput pulang. Sudah tentu adik sembunyikan dan off kan handset agar tidak menimbulkan kontroversi. Nak dijadikan cerita, sedang kami sekelas tenang membuat tugasan yang diberi guru, tiba-tiba terdengar suara azan berkumandang sayup-sayup. Ingat Adik, Azan yang berkumandang itu dari masjid yang berdekatan, tiba-tiba kawan-kawan memandang adik, barulah adik sedar bunyi itu datang dari dalam poket seluar adik. Puas adik tekan punat-punat telefon dari luar tetapi ia tetap tidak berhenti. Beberapa rakan dah mula ketawa. Akhirnya, kekecohan kami disedari Pn yang sedang tekun memeriksa buku latihan. Apa lagi Pn terus datang mintak handset tersebut.
Yang menggeramkan tu, adik belum sempat explore handset tu dan tak tahu-menahu terdapat aplikasi Peringatan Azan di dalamnya yang akan tetap berbunyi walaupun handset ditutup..memang menginsafkan kejadian ini dan yang sedih sekali, apa nak jawab kalau Papa Tanya. Ibu, adik tak kisah sangat sebab adik tahu Adik boleh berterus-terang denganIbu.
Petangnya, Adik main bola denagn rakan-rakan di padang seperti biasa tetapi dengan hati yang agak bercelaru. Macamana nanti kalau Papa mintak phone nak tengok features dia, Ibu pulak mesti Tanya kenapa Adik tak jawab-jawab panggilan Ibu bertanya khabar dari pejabat sepetang ini…ahh rumitnya jadi remaja, payah lagi jadi dewasa tentunya…
Usai solat Adik terus kow-tim dengan Ibu, cerita hal sebenar tapi minta Ibu rahsiakan dulu daripada papa berita sedih ini….isyy..kenapa Adik rasa macam ada orang mati ja lagaknya..ke Adik yang nak mati kena pelangkung dengan papa yang dari awal dah berpesan : JANGAN BAWAK HANDSET KE SEKOLAH!
Dalam hati ibu pulak : kesiannya si Luq, aku acam galakkan bawa supaya senang nak hubungi kala balik sekolah..tak sangaka macam ni pulak jadinya..macamana nak buat straight face dengan papa ni?
Tiba-tiba, papa jerit dari bawah : ‘Luq, mana handset, cal tak angkat’, dan Luq tanpa sempat berfikir, langsung menjawab dengan selambadaknya dari atas, ‘handset kena rampas’…ahhh…sudah…dan seluruh isi rumah sepi seketika, agaknya semua orang sedang cuba mencerna ayat yang satu itu dan tertanya-tanya akan implikasinya..jeng jeng jeng…dan suara gemuruh jiwa papapun bergema..’mai turun sini sat!!’ Adik pun apa lagi, tarik tangan ibu sekali sebagai penyokong kelab MU…
Selang beberapa hari kemudian, di bilik guru :
‘Luqman, nah handset, jangan bawak lagi ke sekolah tau!’ kata Cikgu diikuti peringatan semi-serious beliau.’ ‘Baik Cikgu’. Jawabku..riang sangat dapat bersua semual dengan ‘buah hati’ baruku. Si Aizat, Fariz dan Kalam yang menemaniku, tersengih-sengih mengejek..geram sungguh!!

No comments:

Post a Comment