Sunday, May 15, 2011

Adik...Abang rindu nak bertinju...

Ahh...ke kiri dan ke kanan ku alihkan badan, tapi lena tetap tak kunjung tiba, bezanya di rumah, masa sebelum tidur akan digunakan sepenuhnya berkarate, tumbuk bersilat, ber'shuffle' atau apa saja bersama adik dan tidur akan datang sendiri dek kepenatan..kadang hingga terlupa hendak cuci kaki, gosok gigi dan baca doa pendinding diri...Adik, payah abng nak admit ni, tapi Abang miss sangat waktu-waktu tu...
Langsung tak sangka dan terbayang yang akan ada hari yang adik tiada di samping lagi..mujur ada rakan-rakan sebilik yang ramai menemani hari-hari yang sentiasa sibuk di asrama ini. Menjadi Ketua Bilik menuntut kebijaksanaan nak agihkan tugasan harian dan mengendalikan karenah rakan berbagai ragam dan akal. Melihat keakraban Adik dan Hafiz di hari mula persekolahan, sebelum akau mendaftar, timbul semacam cemburu di hati ku..mujur aku ada Danial sebagai kawan baru yang juga berkongsi minat yang sama denganku..bola keranjang, kriket dan band. Penat jugak jadi budak band tapi walaupun kehidupan asrama hectic, tetap menarik, yang penting aku perlu sentiasa menyuntik semangat juang dalam diri. Lainlah adik, masih ada Ibu untuk mengingatkan itu dan ini.
Kadang-kadang rinduku pada Ibu dan papa dan semua di rumah datang tanpa diduga. Melihat warna ungu kegemaran Ibu dan mengetuk dram yang juga menjadi minat Papa, timbul rasa rindu yang tidak terempang.
Ahh..Akmal harus kuat hadapi dugaan ini, terngiang kata Ibu kala dia memelukku erat bila pertama kali aku jejakkan kaki ke rumah setelah lebih sebulan di sini. Kata Ibu lagi, bila dia rindukan aku, dia akan memanggil Luqman dan hug Luqman kuat-kuat seolah-olah tengah hug aku. Hakikatnya, Luqman penggeli dan tak tahan dipeluk lama-lama berbanding aku...

No comments:

Post a Comment