Azan berkumandang di 1 Aktif
Adik punya masalah waktu balik yang tidak tetap. Abang punya masalah terputus hubungan…Hari lahir pula semakin dekat. Akhirnya, Allah SWT telah membukakan pintu hati Papa dan Ibu untuk menghadiahkan handset baru untuk kami menggantikan yang lama yang dah di ‘hand-me-down’ beberapa generasi. Dek terlalu teruja dengan Blueberry mungil yang sebijik macam Blackberry kepunyaan Pn Gurubesar, Adik sembunyi-sembunyi bawak ke sekolah agar senang menghubungi Abeiman aka Abang Aiman (Abang sulung kami yang baru selesai berNinja dgn SPM) selepas waktu sekolah untuk menjemput pulang. Sudah tentu adik sembunyikan dan off kan handset agar tidak menimbulkan kontroversi. Nak dijadikan cerita, sedang kami sekelas tenang membuat tugasan yang diberi guru, tiba-tiba terdengar suara azan berkumandang sayup-sayup. Ingat Adik, Azan yang berkumandang itu dari masjid yang berdekatan, tiba-tiba kawan-kawan memandang adik, barulah adik sedar bunyi itu datang dari dalam poket seluar adik. Puas adik tekan punat-punat telefon dari luar tetapi ia tetap tidak berhenti. Beberapa rakan dah mula ketawa. Akhirnya, kekecohan kami disedari Pn yang sedang tekun memeriksa buku latihan. Apa lagi Pn terus datang mintak handset tersebut.
Yang menggeramkan tu, adik belum sempat explore handset tu dan tak tahu-menahu terdapat aplikasi Peringatan Azan di dalamnya yang akan tetap berbunyi walaupun handset ditutup..memang menginsafkan kejadian ini dan yang sedih sekali, apa nak jawab kalau Papa Tanya. Ibu, adik tak kisah sangat sebab adik tahu Adik boleh berterus-terang denganIbu.
Petangnya, Adik main bola denagn rakan-rakan di padang seperti biasa tetapi dengan hati yang agak bercelaru. Macamana nanti kalau Papa mintak phone nak tengok features dia, Ibu pulak mesti Tanya kenapa Adik tak jawab-jawab panggilan Ibu bertanya khabar dari pejabat sepetang ini…ahh rumitnya jadi remaja, payah lagi jadi dewasa tentunya…
Usai solat Adik terus kow-tim dengan Ibu, cerita hal sebenar tapi minta Ibu rahsiakan dulu daripada papa berita sedih ini….isyy..kenapa Adik rasa macam ada orang mati ja lagaknya..ke Adik yang nak mati kena pelangkung dengan papa yang dari awal dah berpesan : JANGAN BAWAK HANDSET KE SEKOLAH!
Dalam hati ibu pulak : kesiannya si Luq, aku acam galakkan bawa supaya senang nak hubungi kala balik sekolah..tak sangaka macam ni pulak jadinya..macamana nak buat straight face dengan papa ni?
Tiba-tiba, papa jerit dari bawah : ‘Luq, mana handset, cal tak angkat’, dan Luq tanpa sempat berfikir, langsung menjawab dengan selambadaknya dari atas, ‘handset kena rampas’…ahhh…sudah…dan seluruh isi rumah sepi seketika, agaknya semua orang sedang cuba mencerna ayat yang satu itu dan tertanya-tanya akan implikasinya..jeng jeng jeng…dan suara gemuruh jiwa papapun bergema..’mai turun sini sat!!’ Adik pun apa lagi, tarik tangan ibu sekali sebagai penyokong kelab MU…
Selang beberapa hari kemudian, di bilik guru :
‘Luqman, nah handset, jangan bawak lagi ke sekolah tau!’ kata Cikgu diikuti peringatan semi-serious beliau.’ ‘Baik Cikgu’. Jawabku..riang sangat dapat bersua semual dengan ‘buah hati’ baruku. Si Aizat, Fariz dan Kalam yang menemaniku, tersengih-sengih mengejek..geram sungguh!!
Si Kembar AkLuq - Sebuah Analogi
Tuesday, May 17, 2011
Sunday, May 15, 2011
Ibu..hancur luluh hati ini
Ya Allah, jika terdapat seribu kebaikan buat kesemua kami dengan memisahkan antara kedua-dua buah hatiku ini yang tidak pernah terpisah sejak lahir, aku redha...
pedihnya hati ini nak menerima hakikat Abang dan Adik tak akan sama sekolah lagi...
Macamana nak memanggil hanya seorang setiap kali..kelunya lidah ini...
Macamana nak hadapi hari-hari ketiadaan si ibop-ibop tu, yang sentiasa tahan diri dipeluk digomol setiap kali, yang sabar ja beralah dengan adik, yang selalu buatkan homework adik yang tertinggal separuh jalan sebab tidur keletihan, yang selalu gosokkan baju adik sebab adik bangun lambat dan bawakkan Kamus Dewan seberat 3kg yang dikongsi bersama, ke sekolah sebab adik tak larat?
Berikanlah aku kekuatan dan berikanlah kedua-dua mereka kecemerlangan di dunia dan akhirat..Aamin..

Adik...Abang rindu nak bertinju...
Ahh...ke kiri dan ke kanan ku alihkan badan, tapi lena tetap tak kunjung tiba, bezanya di rumah, masa sebelum tidur akan digunakan sepenuhnya berkarate, tumbuk bersilat, ber'shuffle' atau apa saja bersama adik dan tidur akan datang sendiri dek kepenatan..kadang hingga terlupa hendak cuci kaki, gosok gigi dan baca doa pendinding diri...Adik, payah abng nak admit ni, tapi Abang miss sangat waktu-waktu tu...
Langsung tak sangka dan terbayang yang akan ada hari yang adik tiada di samping lagi..mujur ada rakan-rakan sebilik yang ramai menemani hari-hari yang sentiasa sibuk di asrama ini. Menjadi Ketua Bilik menuntut kebijaksanaan nak agihkan tugasan harian dan mengendalikan karenah rakan berbagai ragam dan akal. Melihat keakraban Adik dan Hafiz di hari mula persekolahan, sebelum akau mendaftar, timbul semacam cemburu di hati ku..mujur aku ada Danial sebagai kawan baru yang juga berkongsi minat yang sama denganku..bola keranjang, kriket dan band. Penat jugak jadi budak band tapi walaupun kehidupan asrama hectic, tetap menarik, yang penting aku perlu sentiasa menyuntik semangat juang dalam diri. Lainlah adik, masih ada Ibu untuk mengingatkan itu dan ini.
Kadang-kadang rinduku pada Ibu dan papa dan semua di rumah datang tanpa diduga. Melihat warna ungu kegemaran Ibu dan mengetuk dram yang juga menjadi minat Papa, timbul rasa rindu yang tidak terempang.
Ahh..Akmal harus kuat hadapi dugaan ini, terngiang kata Ibu kala dia memelukku erat bila pertama kali aku jejakkan kaki ke rumah setelah lebih sebulan di sini. Kata Ibu lagi, bila dia rindukan aku, dia akan memanggil Luqman dan hug Luqman kuat-kuat seolah-olah tengah hug aku. Hakikatnya, Luqman penggeli dan tak tahan dipeluk lama-lama berbanding aku...

Masa...Perjalanan Luqman
Masa begitu cepat berlalu..mencemburui kami..5 bulan telah berlalu sejak hari Abang masuk Sekolah Sains dan aku terkontang-kanteng seorang-seorang di sini..mula-mula ditawarkan ke Sek Men Padang Behor, cuak aku dibuatnya, tak pernah dengar lagi nama sekolah tu..hari pertama di situ, aku agak teruja dengan persekitaran sekolah serba baharu dan ucapan Guru-guru kanan dan Pengetua yang penuh azam dan matlamat untuk meningkatkan nama sekolah setanding sekolah-sekolah terbaik di Perlis yang comel ini..baru sebulan aku di sekolah ini, dipanggil pula untuk temuduga bagi kebitaraan muzik ke Sekolah Derma..rezeki jangan ditolak, Derma, here I come..pagi tu, demi 1st impression, gitar elektrik kukelek ke sana. Papa dan Ibu hadir memberi sokongan. Dalam bilik muzik tu, ramainya guru mengelilingi melihat gelagat 'muzik'ku..boleh main ke tidak budak ni..pasti mereka tertanya-tanya. Kupalu kompang, kupetik gitar, menyanyi dan apa saja asalkan aku diterima di sekolah ini. Tengku sari, engkau akan kujejaki..sedih la pulak nak tinggalkan geng berlima yang kamceng denganku di Sek Padang Behor tu terutamanya Hafiz yang hensem dan baik hati. Di sana aku telah dikenali semua guru dek kepetahanku melontar kata dengan bersahaja. Di Sek Derma yang pelajarnya bukan calang-calang orang, aku bukanlah siapa-siapa..tak apa, Luqman d lawyer belum menunjukkan taringnya lagi...
Monday, April 11, 2011
Menginjak Remaja...
Akmal & Luqman, Luqman & Akmal, Ak & Luq, Abang & Adik, nama juga gelaran itu sudah sinonim dengan semua yang mengenali mereka. jarang terpisah. Selalu bersama. menemani dan ditemani. Bergaduh dan berbaik lumrah mereka. Silat, sepak terajang rutin harian. bergomol macam anak-anak kucing. Bertekak sampai nak terkeluar anak tekak halwa telinga semua penghuni di dalam rumah. Alih-alih, tengok-tengok, elok saja mereka terhenyak di kusyen berdua menonton Naruto, Detektif Conan, Si Mamat atau apa saja sajian di Astro Ceria...opps kedengaran bertekak semula berebut nak menonton apa..dan masalah akan timbul lagi bila nak buat kerja sekolah. Nak kena buat yang mana sebenarnya ni? Abang tanya Adik, Adik tanya Abang. Sudahnya terjengket-jengketlah salah seorang menelefon kawan sambil berbisik-bisik tanya 'homework'. takut didengar Ibu, sebab Ibu dah kata berkali-kali yang mereka tidak ada alasan kukuh untuk tidak tahu pasal 'homework' sebab ada dua orang sekali dalam satu kelas dan serumah pulak tu...Ahhh...Ibu dan bebelan dan kata-kata motivasinya yang tak sudah-sudah...
Semua itu sudah tinggal kenangan kini dan telah jauh ditinggalkan. Tahun 6 yang penuh cabaran itu telah lama berlalu.
Penat membuat latih-tubi, berulang-alik ke kelas tambahan, tuisyen malam dan melalui marathon ujian demi ujian berbalas akhirnya. Wajah-wajah cuak menanti keputusan diumumkan satu-persatu di Dewan Besar tak akan dapat dilupakan. Namun, air muka kecewa Luq tika menerima keputusan bukan 5Anya akan terpahat di ingatan.
Di sinilah episod 'inseparable' mereka berakhir dan episod 'membawa haluan sendiri-sendiri bermula...

Tuesday, March 1, 2011
KEJADIAN JANIN DI DALAM RAHIM IBU
Juzuk : 17 Surah : AL-HAJJ No. Surah : 22 Ayat : 5
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
O mankind! if ye have a doubt about the Resurrection, (consider) that We created you out of dust, then out of sperm, then out of a leech-like clot, then out of a morsel of flesh, partly formed and partly unformed, in order that We may manifest (our power) to you; and We cause whom We will to rest in the wombs for an appointed term, then do We bring you out as babes, then (foster you) that ye may reach your age of full strength; and some of you are called to die, and some are sent back to the feeblest old age, so that they know nothing after having known (much), and (further), thou seest the earth barren and lifeless, but when We pour down rain on it, it is stirred (to life), it swells, and it puts forth every kind of beautiful growth (in pairs).

Twins - Berdasarkan Dictionary.com
twin1
[twin] Show IPA
,noun, adjective, verb, twinned, twin·ning.
–noun
1.
either of two children or animals brought forth at a birth.
2.
either of two persons or things closely related to or closely resembling each other.
3.
twin bed.
4.
Also called twin room. a type of hotel accommodation with twin beds, for occupancy by two persons. Compare double ( def. 13 ) .
5.
Also called hemitrope. Crystallography . a compound crystal consisting of two or more parts or crystals definitely oriented each to the other; macle.
6.
Twins, Astronomy, Astrology . the constellation or sign of gemini.
–adjective
7.
being a twin or twins: twin sisters.
8.
being two persons or things closely related to or closely resembling each other.
9.
being one of a pair; identical: a twin bracelet; a twin peak.
10.
consisting of two similar parts or elements joined or connected: a twin vase.
11.
Botany, Zoology . occurring in pairs; didymous.
12.
Crystallography . of the nature of a twin; hemitrope.
13.
twofold or double.
–verb (used with object)
14.
to bring together in close relationship; pair; couple.
15.
to furnish a counterpart to or a replica of; match.
16.
Informal . to divide or convert into two, parts, similar items, etc.: The old movie palace will be twinned, making two smaller theaters.
17.
Informal . to link or combine with: The new grocery store is twinned with a restaurant.
18.
Crystallography . to form into a twin.
19.
Obsolete . to give birth to as twins.
–verb (used without object)
20.
to give birth to twins.
21.
to be paired or coupled.

Subscribe to:
Posts (Atom)